Khamis, 24 Disember 2009

Kursus Asas Komputer dan ICT

Hari ini hari ketiga dan hari terakhir saya melibatkan diri dalam kursus asas komputer. Daripada program ini, saya dapat banyak maklumat tentang penggunaan internet sama ada dalam membina blog saya dan juga e-mel. Hampir 100 % saya dapat pengetahuan yang berguna dan penting untuk masa hadapan saya. Kursus ini dapat meningkatkan lagi keyakinan dan kepantasan saya dalam menggunakan kemudahan serta kecanggihan teknologi ini. Dengan itu, saya lebih berani untuk menonjolkan diri dalam era globalisasi ini seterusnya saya juga tidak akan ketinggalan jauh daripada mereka yang celik IT . Saya harap saya akan lebih meningkatkan dan mendalami lebih dalam lagi dalam ilmu yang sememangnya sangat berguna pada masa kini dan masa hadapan. Hari ini juga, keputusan PMR juga telah keluar. Saya berharap mereka semua akan mendapat keputusan yang cemerlang. Insyaallah. Kepada adik yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, diharapkan bersabar . Segulung tahniah kepada adik-adik yang cemerlang !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan